Saturday, 5 January 2013
Ayam Berkisar dan Ayam Ketawa
Ayam Ketawa dan Ayam Berkisar mungkin agak jarang dilihat di negara kita terutama di Sem Malaysia. Spesis ini sangat popular di negara jiran kita Indonesia dan bernilai tinggi sehingga ke ribuan ringgit harganya. Pertandingan kokokan ayam ini sering diadakan disana. Keistimewaan ayam ketawa ialah kokokannya yang seperti ketawa dihujungnya. Terdapat pelbagai jenis variasi kokok ayam ini seperti kokok dangdut, kuntilanak dsb dan ada yang panjang sehingga 3minit. Ayam Berkisar pula adalah kacukan ayam hutan hijau dan ayam kampung biasa. Bulunya amat cantik berkilat dengan variasi warna yang pelbagai. Di Indonesia ayam ini juga dipertandingkan kokokannya tetapi saya kurang faham bagaimana kokokan yang bagus kerana kokokannya yang saya dengar tidak sedap, pendek je kokoknya. Saya lebih berminat kepada kecantikan fizilkalnya terutama bulunya yang berkilat seperti sisek ikan.
JF telah memulakan projek Ayam Ketawa dan Ayam Berkisar ini. Bermula dengan beberapa ekor Induk yang diimport dari Indonesia diharapkan agar projek ini akan berjaya dan spesis ini akan akan mula dikenali dan berkembang dengan meluas di negara ini.
Ayam Ketawa
JF telah memulakan projek Ayam Ketawa dan Ayam Berkisar ini. Bermula dengan beberapa ekor Induk yang diimport dari Indonesia diharapkan agar projek ini akan berjaya dan spesis ini akan akan mula dikenali dan berkembang dengan meluas di negara ini.
Ayam Ketawa
Ayam Ketawa - Dangdut
Slow Dangdut
Antara Induk ibu ayam Ketawa
First Batch Induk ayam ketawa dari Indonesia yang akan dibiakkan di JF.
Ayam Berkisar
Ayam Hutan Hijau
Ayam Berkisar Merah
Ayam Berkisar Biru
Ayan Berkisar Hitam Ungu
Subscribe to:
Posts (Atom)