Saturday, 22 December 2012

Black Sumatran


By KUVTXHIAJKOJTXHAIS - You Tube. Black Sumatra matang..

Black Beauty - Black Sumatran

Dalam kami mengembangkan kepelbagaian produk kami, kami telah mengimport satu lagi spesis ayam eksotik iaitu ayam Sumatra Hitam atau Black Sumatran. Ayam yang baru diimport dari Holland ini akan dijadikan Pemangkin Baka bagi spesis Black Sumatran di Jagohfarm. Insyaallah kalau dipanjangkan rezeki tahun hadapan kami sudah boleh memasarkan anak-anak ayam ini. Selamat berkenalan dengan Black Beauty kami.

Salleh dengan Black Beauty
Black Sumatran
Penjantan 10bulan
Pasangannya
Selamat menjadi warga JF


Tuesday, 11 December 2012

Cemani Bulu Landak


 Pelik, ini lah kali pertama saya jumpa ayam bulu landak. sebelum ni tak pernah dengar pun ada ayam bulu landak, bulu balik, bulu halus (silky) tu biasa lah. Tapi baru-baru ni saya mendapat info terdapat ayam Cemani bulu landak. Saya membayangkan jugak mcamana ayam bulu landak ni, mcm landak ke??? Baru-baru ni saya berkunjung ke Indonesia untuk melihat sendiri ayam bulu landak dan ternyata memang pelik kerana bulunya memang sama seperti bulu landak, tiada bulu pelepah, hanya bulu straw sahaja termasuk bulu kepak dan ekornya. Lihatlah kebesaran Allah, mampu mencipta apa yang dikhendakinya..

 Ganazzz
 Lihat bulu-bulunya, memang seperti bulu landak
 Ekor dan kepak seperti straw..

Memikat Terkukur di Seberang

Berposing dulu..

 Baru-baru ini saya telah berkunjung ke Seberang ( Indonesia ) dan untuk memenuhi masa disana saya telah menjalankan aktiviti memikat terkukur. Bersama seorang rakan, saya telah ke lapangan .. Memikat ini lebih kepada riadah shj disamping dapat menambah pengalaman ditempat orang. Kalau hendak dibandingkan, lapangan memikat di tempat kita lagi cantik dan terkukur-terkukur di sini lagi berdentum.

 Seperti di Malaysia, sekarang ni sedang musim helang, aktiviti memikat menjadi kurang menarik kerana banyak helang dengan sering kedengaran alarm kicauan sang merbah kapur dan kurang burung hutan berbunyi. Walaubagaimanapun apa yang saya perhatikan denak kawan saya ini tidak berapa endah dengan kedatangan musin helang ini kerana ia tetap memanggil melakukan tugasnya, rajin berbunyi seperti biasa. Nak kena pindah tuan agaknya..  Hampir 3jam kami di lapangan kami pun berkemas balik kerana hari nak hujan..
  Rakan seberang, Adi sedang memacak denak

2ekor denak harapan Adi :-
1. Si Nyamuk - Suara Kecik Sering macam Nyamuk, burung rajin, tekan macam mesign gun.
2. Mata Belolok - Suara sedang lembut, penguku.. Pantang burung melintas, nguku terus..

 Sangkar Semi D - berkembar
 Design cetok dari seberang - Semi D harga disana dalam 400,000.00 Rph (RM150.00)
 Cetok Labu
Cetok Pintu Depan