Tuesday, 11 December 2012

Memikat Terkukur di Seberang

Berposing dulu..

 Baru-baru ini saya telah berkunjung ke Seberang ( Indonesia ) dan untuk memenuhi masa disana saya telah menjalankan aktiviti memikat terkukur. Bersama seorang rakan, saya telah ke lapangan .. Memikat ini lebih kepada riadah shj disamping dapat menambah pengalaman ditempat orang. Kalau hendak dibandingkan, lapangan memikat di tempat kita lagi cantik dan terkukur-terkukur di sini lagi berdentum.

 Seperti di Malaysia, sekarang ni sedang musim helang, aktiviti memikat menjadi kurang menarik kerana banyak helang dengan sering kedengaran alarm kicauan sang merbah kapur dan kurang burung hutan berbunyi. Walaubagaimanapun apa yang saya perhatikan denak kawan saya ini tidak berapa endah dengan kedatangan musin helang ini kerana ia tetap memanggil melakukan tugasnya, rajin berbunyi seperti biasa. Nak kena pindah tuan agaknya..  Hampir 3jam kami di lapangan kami pun berkemas balik kerana hari nak hujan..
  Rakan seberang, Adi sedang memacak denak

2ekor denak harapan Adi :-
1. Si Nyamuk - Suara Kecik Sering macam Nyamuk, burung rajin, tekan macam mesign gun.
2. Mata Belolok - Suara sedang lembut, penguku.. Pantang burung melintas, nguku terus..

 Sangkar Semi D - berkembar
 Design cetok dari seberang - Semi D harga disana dalam 400,000.00 Rph (RM150.00)
 Cetok Labu
Cetok Pintu Depan